Lirik Jejak - Xpose

Lirik Jejak - Xpose


golak hati menyeru 
marah menentang kerana 
tertimpa dalam ribuan 
persoalan di minda 
darahnya
anak muda

gurauan atas benci
oleh melampau manusia 
menjadi pemisah kisah 
setiap pertemuan 
melakar
peristiwa

sendiri melewati
jalan kelam berteman purnama 
kemana harus bersembunyi malam
semakin memekat
gelisah jiwa semakin bergoncang 
diamkan airmata

masa memijak usia 
tinggalkan hanya memori 
untuk kau singkapkan nanti
apabila terkenang
ertinya
kehidupan

siapa yang memikir 
siapa yang memilih 
menjadi pemunca

siapa yang lalui 
siapa yang sedari 
lepas percubaan

sendiri melewati
jalan kelam berteman purnama 
kemana harus bersembunyi 
malam
semakin memekat
gelisah jiwa semakin bergoncang 
diamkan airmata

jalan kelam berteman purnama 
kemana harus bersembunyi 
malam
semakin memekat
gelisah jiwa semakin bergoncang 
diamkan airmata
Lirik Seru - XPOSE

Lirik Seru - XPOSE


Kerlingan mata itu
Merasuki sukmaku
Gelorakan segala
Mimpi amarahmu

Bisikan suaranya
Meratap di jiwaku
Lumpuhkan seluruh indranya
Rasa di jasadku

Lupakan alam yang nyata
Terbang ke syurga kita

Pejam matamu seruanku
Leraikan segala perihmu
Bernafaslah di dalam cintaku
Hidup kan mati hatimu

Bernafaslah di dalam cintaku
Hidup kan mati hatimu

Pejamlah matamu seruanku
Leraikan segala perihmu
Bernafaslah di dalam cintaku
Hidup kan mati hatimu

Pejamlah matamu seruanku
Bernafaslah di dalam cintaku
Hidup kan mati hatimu

Bisikan suaranya
Meratap di jiwaku


 

Lirik Lagu Deru - Xpose & W.A.R.I.S

Lirik Lagu Deru - Xpose & W.A.R.I.S



Verse 1
Ketika tawa sudah hilang
Diam mu bagai maut
Hidupku telah mati
Kemana harus berpaut?
Kenangan kita kaut
Senyumanmu tanda sambut
Ku nampak kebahagiaan
Kenapa kini baru ragut?
Dalam minda separa sedar
Ku mula menemui
Sakit yang menikam dalam cuba menembusi
Pagar harap kini merebah menyembah bumi
Meredah bukti yang telah lama aku sembunyi
Ibarat wayang cinta
Si kacak dan jelita
Kan bersama akhirnya
Walau ada ketiga
Keempat atau lima
Takkan dapat menyirna
Ku harapkan harinya tiba walaupun takkan tiba

Pre-Chorus 1
Kata yg menikam
Sakit yang menikam dalam cuba menembusi, pagar harap kini merebah menyembah bumi
Luka yang ku rasa
Keempat atau lima takkan dapat menyirna, ku harapkan harinya tiba walaupun takkan tiba

Chorus 1
Tawa riang yang telah hilang
Di dalam dendam ini bersarang
Hanya kebencian berkumandang
Deru ombak menghempas pantai

Verse 2
Ku pernah memaksa tuhan jadikan engkau milik aku
Walaupun aku sedar aku bukan bahagiamu
Kerna sifat egois memaksa garis takdir
Tuk selalu arahku nyatanya tak pernah hampir
Kau satunya alasan untuk aku bertahan
Tak mampu ku atasinya dengan bersendirian
Cara kita fikir mungkin terlampau berbeza
Aku mahu reda yang kau mahu fenomena
Satu hari nanti kamu pasti tahu
Betapa terangnya bukti cintaku padamu
Kau berhenti membenci kerna tersalah pilih
Tiada silih ganti tawa duka manis pedih

Pre-Chorus 2
Kata yg menikam
Sakit yang menikam dalam cuba menembusi, pagar harap kini merebah menyembah bumi
Luka yang ku rasa
Keempat atau lima takkan dapat menyirna, ku harapkan harinya tiba walaupun takkan tiba

Chorus 2
Tawa riang yang telah hilang
Di dalam dendam ini bersarang
Hanya kebencian berkumandang
Deru ombak menghempas pantai

Bridge
Apa ertinya lagi
Tiada ertinya lagi
Kasih yang berbahagi
Yang telah kau curangi
Tiada gunanya lagi
Cukup sudah di sini
Bila hati bukan untukmu lagi
Tidak…
Tak mampu untuk membayangkan
Tak rela walau di paksa
Pergilah!

Chorus 3
Tawa riang yang telah hilang
Di dalam dendam ini bersarang
Hanya kebencian berkumandang
Deru ombak menghempas pantai
Cara kita fikir mungkin terlampau berbeza
Deru ombak menghempas pantai
Aku mahu reda yang kau mahu fenomena
Lirik Lagu Maafkan Aku - Xpose

Lirik Lagu Maafkan Aku - Xpose



Tiada lagi dirimu
Kau telah pergi
Kesal ku takkan kembali
Dirimu disisi

Ketulusan cintamu tak kuperduli
Namun kini hanya mimpi
Tinggal ku sendiri

Kini aku mulai menyedari
Sakit hati bila cinta tak dihargai

Kasih maafkanlah kerana ego diriku
Kala aku berdusta hanya mengejar dunia

Mengejar dunia

Kini aku mulai menyedari
Sakit hati bila cinta tak dihargai

Kasih maafkanlah kerana ego diriku
Kala ku berdusta hanya mengejar dunia
Kasih andainya ada masanya tuk berubah
Kala telah terluka sungguh dirimu kecewa

Sungguh dirimu kecewa
Lirik Lagu Sandiwara - Xpose

Lirik Lagu Sandiwara - Xpose



Andai aku diberikan waktu
Akan ku putarkan masa kembali
Biarpun mustahil diriku
Akan bersamamu

Disaat aku hanyut menjauh
Terkapai jatuh dilautan pilu
Ku agungkan tentang diriku
Buat kau kecewa

Biar apa terjadi
Biarkanlah ku tanggung sendiri
Kau bicara tentang cinta
Sedang aku hilang arah
Tinggal hanya sandiwara

Biar apa terjadi
Biarkanlah ku tanggung sendiri
Kau bicara tentang cinta
Sedang aku hilang arah
Tinggal hanya sandiwara

Kesilapan diriku
Kembali kasih semula

Biar apa terjadi
Biarkanlah ku tanggung sendiri
Kau bicara tentang cinta
Sedang aku hilang arah
Tinggal hanya sandiwara

Biar apa terjadi
Biarkanlah ku tanggung sendiri
Kau bicara tentang cinta
Sedang aku hilang arah
Tinggal hanya sandiwara

Sedang aku hilang arah
Tinggal hanya sandiwara
Kembalilah kasih
Kembalilah kasih semula