Lirik Waduh! Tijah -  Spider

Lirik Waduh! Tijah - Spider



Waduh! Tijah apa pesona yang engkau tiupkan padaku
Sungguh asyik hinggakan aku terfana dari kenyataan
Yang pahit langsung aku tak terasakan
Dan yang manis hingga tak punya sempadan

Waduh! Tijah aku tak mengerti nak ungkapkan
Perasaan yang takut pada persona tanpa penawar

Alangkah bahagianya jika terjawab gusarku
Sejahterakah kisah pari pari ini
Atau perlu terkorban demi kemanisan

Waduh! Tijah aku hanya damba rasa benar
Kalau engkaulah orangnya
Tolong berikan aku tanda

Jangan biar aku terus dalam kesangsian
Bahawa rasa ini hanya persona tanpa penawar

Yang pahit dan selalu tak terasakan
Dan yang manis hingga tak punya sempadan

Waduh! Tijah aku hanya damba rasa benar
Kalau engkaulah orangnya
Tolong berikan aku tanda

Jangan biar aku terus dalam kesangsian
Bahawa rasa ini hanya persona tanpa penawar
Tak mahu terawang awang
Debunga yang jatuh ke tanah
Lirik Hidupku - Spider

Lirik Hidupku - Spider



Aku ingin kau tahu
Perasaan hatiku
Tanpamu di sisi
Hidup seakan mati

Sesak nafasku ini
Bagai tiada udara
Gelap segala-galanya

Aku tak berdaya
Untuk melangkah
Mengharunginya

Hidupku
Bagai tak bermaya
Tanpa cintamu

Aku ingin kau tahu
Kau selalu di hati
Tak akan aku lepaskan
Leka dari pandangan

Sesaat pun tak pernah
Aku melupakanmu
Walau terpisah jauh

Aku tak berdaya
Untuk melangkah
Mengharunginya

Hidupku
Bagai tak bermaya
Tanpa cintamu

Aku tak berdaya
Untuk melangkah
Mengharunginya

Hidupku
Bagai tak bermaya
Tanpa cintamu