Lirik 7 Hari - Rabbani

Lirik 7 Hari - Rabbani


hari ini hari isnin
salahkah tempatku salah waktuku
apakah rahsianya
seakan selasa baru menjelma

pantasnya masa berlalu
meninggalkan ku
bagai mimpi
terumbang ambing
seakan dilanda badai
didalam jiwa

lafaz terhenti di alam membisu
terhenti tertunggu ditimpa ragu
rabu khamis
jumaat dan sabtu
tiada bedanya

pantasnya masa berlalu
meninggalkan ku
bagai mimpi
terumbang ambing
seakan dilanda badai
didalam jiwa

jam di dinding pukul tiga pagi
heran tidak terasa
seperti dimalam hari
tak tersedarkah aku
mengapa begini
butakah qalbu ku
kelamnya hati ini

pantasnya masa berlalu
meninggalkan ku
bagai mimpi
terumbang ambing
seakan dilanda badai
didalam jiwa

jam di dinding
pukul tiga pagi
tidaklah tetasa
seperti malam hari
tak tersedarkah aku
mengapa benginu
butakah qalbuku
kelamnya hati ini

jam di dinding
pukul tiga pagi
heran tak terasa
seperti malam hari
tak tersedarkah aku
mengapa begini
butakah qalbuku


Lirik Insaf - Rabbani

Lirik Insaf - Rabbani


allahuakbar allahuakbar

munajatku padamu tuhan
ampuni dosa ku masa silam
sempurnakanlah kehidupanku
murahkan rezeki dengan nikmat-mu
jadikanku hamba bertaqwa
tiang iman untuk agama

munajatku padamu tuhan
ampuni dosa sekalian insan
sempurnakanlah hidup kami
murahkan rezeki dengan nikmat-mu
jadikan kami hamba bertaqwa
tiang iman untuk agama

laaillahaillallah
jauhkan aku dari siksaan
api neraka yang panas
membakar manusia ingkar di dunia

muhammadurrasulullah
terimalah ku jadi umatmu
ku pohon syafaat darimu
beratkan neraca pahala ku nanti

aku aniaya
diri sendiri selamanya
ku tak tertanggung
duka dan dosa silamku

munajatku padamu tuhan
ampuni dosa sekalian insan
sempurnakanlah hidup kami
murahkan rezeki dengan nikmat-mu
jadikan kami hamba bertaqwa
tiang iman untuk agama

laaillahaillallah
jauhkan aku dari siksaan
api neraka yang panas
membakar manusia ingkar di dunia

muhammadurrasulullah
terimalah ku jadi umatmu
ku pohon syafaat darimu
beratkan neraca pahala ku nanti

aku aniaya
diri sendiri selamanya
ku tak tertanggung
duka dan dosa silamku

munajatku padamu tuhan
ampuni dosa sekalian insan
sempurnakanlah hidup kami
murahkan rezeki dengan nikmat-mu
jadikan kami hamba bertaqwa
tiang iman untuk agama


Lirik Intifada - Rabbani

Lirik Intifada - Rabbani


merdu lafaz syahdu
jiwa pun merindu
merakam rasa kalbu
gemersiknya lagu
angin kota cahaya
bertiup berarak
kencang meredah maya
hanya untuk dia

bangkit segar seirama
meluruskan rentak safnya
riuh-rendah basah lidah
kalam wahyu mewangi di taman

oh... semerbak harum
bingkisan an-nur
berterbangan tinggi ke intifada
oh merentas misi risalah suci
mewangikan taman yang dicemari

gema siang malam
alunan suara
burung turut menyanyi
zikir tidak henti
lunak diukir seni
halus menghiasi
persada alam ini
hidup tidak mati

bangkit segar seirama
meluruskan rentak safnya
riuh-rendah basah lidah
kalam wahyu mewangi di taman

oh... semerbak harum
bingkisan an-nur
berterbangan tinggi ke intifada
oh merentas misi risalah suci
mewangikan taman yang dicemari

oh... semerbak harum
bingkisan an-nur
berterbangan tinggi ke intifada
oh merentas misi risalah suci
mewangikan taman yang dicemari

masihkah punya bicara
menjalinkan yang terpisah
semarak terus berusaha
pastinya ia akan berjaya

oh... semerbak harum
bingkisan an-nur
berterbangan tinggi ke intifada
oh merentas misi risalah suci
mewangikan taman yang dicemari

oh... semerbak harum
bingkisan an-nur
berterbangan tinggi ke intifada
oh merentas misi risalah suci
mewangikan taman yang dicemari


Lirik Ittihad - Rabbani

Lirik Ittihad - Rabbani


dihalaman subur taman kemesraan
mercup tumbuh pohon kasih sayang
merimbun berbunga dan meredupkan
biru langit dan hijau rumpun kehidupan

harumnya kelopak persaudaraan 
mekar dititis embun keharmonian 
itulah kelangsungan denyut perjuangan
sejati dan bersemi dalam ranum perpaduan

seringkali memapah perpaduan
ada jambatan terbakar dihadapan
kiri kanan iri dan igauan
dedalu ego menumpang di dahan

ikatlah ittihad itu
dengan tali pengorbanan
takkan terurai didomba dendaman
selagi dijalin jemari keikhlasan

oo oo oo oo oo. 
oo oo oo oo oo.

harumnya kelopak persaudaraan 
mekar dititis embun keharmonian 
itulah kelangsungan denyut perjuangan
sejati dan bersemi dalam ranum perpaduan

mengapa masih berkabus kebimbangan
sedangkan tuhan rahmati penyatuan
mengapa masih dibesit keraguan
sedangkan rasul dan alquran pencerahan

ikatlah ittihad itu
dengan tali pengorbanan
takkan terurai didomba dendaman
selagi dijalin jemari keikhlasan

manisnya buah perpaduan
semanis generasi mengukir senyuman
jasa dan bakti biar menjadi sebutan
dalam himpunan doa keberkatan

aa aa aaa aa aa aaah


Lirik Marhaban - Rabbani feat. Daqmie

Lirik Marhaban - Rabbani feat. Daqmie


marhaban ya rasullallah
marhaban ya habiballah
marhaban ya nabiallah
marhaban ya syafiallah
marhaban ya nural’ain
marhaban ya habib

marhaban ya rasullallah
marhaban ya habiballah
marhaban ya nabiallah
marhaban ya syafiallah
marhaban ya nural’ain
marhaban ya habib

marhaban.. marhaban.. marhaban.. marhaban
marhaban.. marhaban.. marhaban.. marhaban
marhaban.. marhaban ya nural’ain
marhaban.. ya khatimal anbiya

marhaban.. marhaban.. marhaban.. marhaban
marhaban.. marhaban.. marhaban.. marhaban

‘aus dan khazraj disatukan
ansar muhajirin disaudarakan
seluruh umat kegembiraan
menyambut hijrah keberkatan

diseluruh alam tunduk kesyukuran
menyambut kedatangan nabi yang dijanjikan
membawa kebenaran memadam kejahilan
menyemai keimanan memusnah kekufuran

marhaban.. marhaban.. marhaban.. marhaban
marhaban.. marhaban.. marhaban.. marhaban

wahai rasul yang mulia 
hadir membawa sinar bahagia
engkau bagaikan sang purnama
menerangi malam gelita

kau lambang perpaduan
contoh serta ikutan 
budi dan pengorbanan
tiada bandingan

dikau insan pilihan  
amanah perjuangan
selawat buat mu 
rasul junjungan

marhaban.. marhaban.. marhaban.. marhaban
marhaban.. marhaban.. marhaban.. marhaban


Lirik Rindu Baitullah - Rabbani

Lirik Rindu Baitullah - Rabbani


betapa rindu meruntun kalbu
pada harumnya kaabah mu
bertawaf memuliakan mu

rindu zam zam yang mampu
mengusir dahaga lesu
berjuta menjadi tetamu mu

rindunya kepada saufa dan warwah
mengajar ku erti pengorbanan ibu
tersingkap kisah lembaran sejarah
siti hajar dan ismail nabi mu

labbaik allahumma labbaik
labbaika la syarika laka labbaik
innal hamda wan ni'mata
laka wal mulka la syarika lak

labbaik allahumma labbaik
labbaika la syarika laka labbaik
innal hamda wan ni'mata
laka wal mulka la syarika lak

aku penuhi panggilan mu
tiada ada sekutunya bagi mu
sesungguhnya segala puji
nikmat jua kerajaan mu
tidak ada sekutu bagi mu

allahu rabbi

rindunya kepada saufa dan warwah
mengajar ku erti pengorbanan ibu
tersingkap kisah lembaran sejarah
siti hajar dan ismail nabi mu

rindu tentu pasti menggamit lagi
pada gua hirah di puncak jabbar nur
tempat diturunkan wahyu pertama
nabi yang ummi disuruh membaca

labbaik allahumma labbaik
labbaika la syarika laka labbaik
innal hamda wan ni'mata
laka wal mulka la syarika lak

labbaik allahumma labbaik
labbaika la syarika laka labbaik
innal hamda wan ni'mata
laka wal mulka la syarika lak

labbaik allahumma labbaik
labbaika la syarika laka labbaik
innal hamda wan ni'mata
laka wal mulka la syarika lak

innal hamda wan ni'mata
laka wal mulka la syarika lak

sesungguhnya segala puji
nikmat jua kerajaan mu
tidak ada sekutu bagi mu


Lirik MencintaiMu - Rabbani feat. Ustaz Ridhwan

Lirik MencintaiMu - Rabbani feat. Ustaz Ridhwan


cintaku tiada bersaksi
mendesak iman meninggi
yakinku tidak  bermimpi
adanya dirimu nabi

cintaku pabila menyaksi
membuak rindu nan tinggi
mendamba kasihmu nabi
sirna dahaga pabila pergi

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،

 لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام،

ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ،

أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام،

cukup allah sebagai saksi
namanya terpahat dihati
alhamdulillah daku memuji
dikurniai salawatnya nabi

 صَلُّوا عَلىٰ خَيْرِ الْأَنَام،

المُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَام،

صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا،

اِشْفَعْ لَنَا يَوْمِ الزِّحَام،

mata yang saban menangisi
rinduan nabi tidak berperi
bak jasadnya terlihat nyata                            
di annabawi rumah yang mulia

ya allah engkaulah saksi
namanya bertakhta dihati
jadi bekal ke akhir nanti
moga bertemu dialam abadi

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،

 لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام،

ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ،

أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام،

saat namanya di gema-gema
getar rasa seluruh jiwa
saat menyapa halwa telinga
tumpah berderai  air mata

 صَلُّوا عَلىٰ خَيْرِ الْأَنَام

المُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَام،

صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا،

اِشْفَعْ لَنَا يَوْمِ الزِّحَام


Lirik Husnul Khatimah - Rabbani

Lirik Husnul Khatimah - Rabbani


tiada yang mudah
itulah kehidupan
rintangan, halangan, cabaran
tak berhenti

terkadang teguh iman
terkadang hilang arah 
bersaksi air mata
merawat hati yang bernoda 

kerana kita hamba penuh dosa-dosa
mujahadah dan mencari husnul khatimah
tiap detik, tiap langkah dipenuhi pengharapan
keampunan, agar mati penuh mulia 

kerana kita hamba penuh dosa-dosa
mujahadah dan mencari husnul khatimah
moga ada kesempatan menjejaki jalan pulang
maghfirah darinya ke akhir usia

(rahmat dan redha-nya
rahmat dan redha-nya)

segala yang indah
cuma ada di sana
ketika bertemu pencipta
maha esa

dunia hanya pinjaman
tiada yang berkekalan
bersaksi air mata
merawat hati yang bernoda 

kerana kita hamba penuh dosa-dosa
mujahadah dan mencari husnul khatimah
tiap detik, tiap langkah dipenuhi pengharapan
keampunan, agar mati penuh mulia 

kerana kita hamba penuh dosa-dosa
mujahadah dan mencari husnul khatimah
moga ada kesempatan menjejaki jalan pulang
maghfirah darinya ke akhir usia


Lirik Santun - Rabbani

Lirik Santun - Rabbani

 


Indahnya malam kerna rembulan
Langit cerlang dihias bintang
Indahnya islam manisnya iman
Akhlah rasul cerminan

Mulia pekertinya hikmah dakwahnya
Membawa rahmat seluruh alam

Abu thalib masih enggan
Untuk terima nur hidayah
Rasulullah biar payah
Masih jua menyantuninya
Hingga akhir hayatnya

Tidak sekali berputus asa
Untuk menuntun jalan syurga
Tetap dicuba sedaya upaya
Demi bapa saudara

Insan yang berjasa memeliharanya
Setelah kehilangan nendanya

Abu thalib masih enggan
Untuk terima nur hidayah
Rasulullah biar payah
Masih jua menyantuninya

Abu thalib masih enggan
Untuk terima nur hidayah
Rasulullah biar payah
Masih jua menyantuninya


Mulia pekertinya hikmah dakwahnya
Membawa rahmat seluruh alam

Abu thalib masih enggan
Untuk terima nur hidayah
Rasulullah biar payah
Masih jua menyantuninya
Hingga akhir hayatnya


Lirik Dalam Aku - Black & Rabbani

Lirik Dalam Aku - Black & Rabbani



Melihat dengan mata-Mu
Mendengar dengan telinga-Mu
Bicara dengan lidah-Mu
Berfikir dengan minda-Mu

Berlari ku berlari
Mencari arah diri
Yang ku sendiri tak pasti
Jalan yang manakah
Seharusnya aku lalui
Liku-liku yang manakah
Harus aku tempuhi
Dalam mencari makna kehidupan ini
Bagai tiada erti
Tanpa ku sedari
Aku jatuh sendiri
Ditelan arus duniawi

Kini aku sedar
Aku telah jauh pada-Mu oh kasih
Sememangnya Kau ada pada diriku
Tak pernah ku tahu siapa diriku

Mencari ku mencari
Lemah ku dah berdaya
Namun tak pernah berhenti
Melafazkan keagungan
Nama di hati
Kaulah yang abadi
Tanpa ku sedari
Aku jatuh sendiri
Dan kini baru ku mengerti

Kini aku sedar
Aku telah jauh pada-Mu oh kasih
Sememangnya Kau ada pada diriku
Tak pernah ku tahu siapa diriku

Melihat dengan mata-Mu
Mendengar dengan telinga-Mu
Bicara dengan lidah-Mu
Berfikir dengan minda-Mu

Oh melihat dengan mata-Mu
Mendengar dengan telinga-Mu
Bicara dengan lidah-Mu
Berfikir dengan minda-Mu

Tiadaku tanpa ada-Mu
Hadirnya cahaya-Mu di jiwaku

Kini aku sedar
Aku telah jauh pada-Mu oh kasih
Sememangnya Kau ada pada diriku
Tak pernah ku tahu siapa diriku

Tiadaku tanpa ada-Mu
Hadirnya cahaya-Mu di jiwaku
Hadirnya cahaya-Mu di jiwaku
Hadirnya cahaya-Mu di jiwaku