Lirik Laila Majnun - One Path feat. Nazrey Johani

Lirik Laila Majnun - One Path feat. Nazrey Johani


(one path)
bila berputik rindu
ibarat api di kalbu
yang membakar seluruh
taman cinta jadi abu

(one path)
biar derita dirasai
terseksa kerana kasih
peritnya majnun nikmati
menjadi indah di sanubari

(nazrey johani)
dunia bersaksi akan kisahnya 
bukti dahsyatnya cinta si gila
segalanya pada laila indah  
lebih dari dunia seisinya

(one path)
kasih selain laila
hanyalah metafora cinta

(one path)
andaikan cintanya sang hamba
umpama majnun bercinta 
bagaimana rasa digambar
kerna rindu tak berbahasa

(nazrey johani)
tuhan, kurniakan aku zouq rindu
hingga aku buta selain dzat-mu
pinta ku basah lidahku selalu
zikir di bawah minda sedarku

(nazrey johani)
dunia bersaksi akan kisahnya
si laila majnun hangat bercinta
betapa cinta sesama manusia
terasa sekelumit cinta luar biasa

(one path)
kasih selain pencipta
hanyalah metafora cinta
Lirik Hasbunallah - One Path

Lirik Hasbunallah - One Path


aku hanyalah
aku hanyalah
aku hanyalah hamba

aku bukanlah
aku bukanlah sesiapa

kerna segala apa yang kini aku miliki
hakikatnya bukanlah milikku
oh aku hanyalah 
hanya hambanya yang lemah

hasbunallah wani'mal wakil
ni'mal maula wani'man nasir
cukuplah allah sebagai penolongku dan tempatku berlindung
hasbunallah

ada masanya 
ada masanya ku jatuh
hanya padamu ku kembali 
kerana engkau satu-satunya 
tempat untuk aku bergantung
hanya

hanya dengan mengingatimu
hati yang kosong terisi kembali
tuhan sesungguhnya 
aku amat memerlukanmu

hasbunallah wani'mal wakil
ni'mal maula wani'man nasir
cukuplah allah sebagai 
penolongku dan tempatku berlindung
hasbunallah

ya hayyu ya qayyum
birahmatika astaghisu
aslihli sya'ni kullahu

hasbunallah wani'mal wakil
ni'mal maula wani'man nasir
cukuplah allah sebagai penolongku dan tempatku berlindung
hasbunallah


Lirik Kuatkanlah - One Path

Lirik Kuatkanlah - One Path


dalam hidupku ini
ku tahu bukan semua
apa yang ku impi
kan berubah jadi nyata
namun ku masih tertanya sesuatu

mengapa amat payah?
hatiku untuk menerima
segala takdir yang kau atur untukku
adakah ku hambamu yang tidak bersyukur?

sedangkan aku sedar
nikmat yang kau berikan padaku
jauh bahkan lebih berbanding secebis ujian yang hadir
namun jahilnya aku
mendustai segala nikmatmu
sehingga ku derita melawan diri sendiri

allah kuatkanlah diri kami ini
tenangkanlah  hati kami semua
kami tahu ujian darimu adalah 
tanda cinta dan kasih sayang darimu
agar kami kembali dekat padamu
agar kami diampuni olehmu
kerana itu engkau berilah kami semua
indahnya sabar dan bahgia cintamu

sungguh hidup manusia
berbeza segala bentuk dan jalannya
jangan pernah
ku bandingkan diriku dengan sesiapa
gelisah dan kecewa
yang menghantui diri selama ini
kan menghilang
dan pasti ku kan temui bahgia

allah suburkanlah cinta kami semua
teguhkanlah iman kami semua
walau bertalu sudah musibah dari-mu
tiada sandaran selain pada-mu

hingga suatu masa redha segalanya
tiada beza nikmat dan musibah
kerana segalanya terbit kerana-mu
tetap bahagia dengan aturan-mu

perkenanlah harapan hamba-mu
Lirik Bebanmu - One Path

Lirik Bebanmu - One Path


afiq
entah mengapa ku tak mampu
lelapkan mataku ini
walau berkali pejamkan mata
namun ku tetap tak lena
mungkinkah hatiku tak tenang
resah fikir tentangmu..

haseef
jujur aku tak mampu
melihatmu sedih
memikul segala beban
ujian hadir tidak berhenti
namun apa yang ku kagumi
kau masih mampu ukir senyuman

shafiq
engkau perlu tahu tuhan mengujimu kerna dia cinta..
dan kau perlu yakin janji tuhan diakan berimu syurga
demi allah sabarmu tidak pernah sia-sia,
kerna segala bebanmu hanyalah sementara..

ammar
pernah ku menawarkan
diriku jadi teman luahan
tapi ku pula tertampar
kerna kau lebih memilih untuk sabar
kau lebih tabah dari ku sangka
dan takjub ku pada tawakalmu

اللهم ادفع وارفع عنا البلاء والوباء واخلف 
لي خيرا منها رب اغفرلي خطيئتي يا ربنا

ammar
engkau perlu tahu tuhan ujimu kerna dia cinta..
dan kau perlu yakin janji tuhan dia berimu syurga
demi allah sabarmu tidak pernah sia-sia,
kerna segala bebanmu hanyalah sementara
sungguh segala bebanmu hanyalah sementara

Lirik Yang Terbaik (Here's Your Perfect Official Dakwah Version) - One Path

Lirik Yang Terbaik (Here's Your Perfect Official Dakwah Version) - One Path

 


afiq
masih ku ingati
memori bersama
tika bertemu
alangkah bahgianya
saat indah itu
sungguhku rindu..

namun segalanya
tak seperti dulu
hanya kerana
salah faham sahja
salah kecil sahaja

haseef
ku tak mahu lagi salahkan sesiapa
kerna ku sedari salahku sendiri
dan aku mencuba merubah diri
maafkanku..

korus shafiq
ku cuba menjadi yang terbaik
namun diriku ini tak sempurna
selama ini ku berusaha untuk membahagiakanmu
keranaku cintaimu

ammar
kelemahanku bukanlah bermakna
ku membencimu,
jujur tiada niat di hati
untuk menyakitimu

haseef
namun ku tertanya
mengapa hanya kerna
satu salahku kau terus berpaling
seolah ku tidak pernah ada
secebis jasa..

korus shafiq
ku cuba menjadi yang terbaik
namun diriku ini tak sempurna
selama ini ku berusaha untuk membahagiakanmu,
namun teman..

ku sedar ku bukan yang terbaik
kerna itu ku harap kau teguri
namun mengapa engkau menjauhi dan memburukkanku
sungguh aku sedia...
menerima segala teguranmu dan ku kan berubah ku merayu maafkanku..