Lirik Nekad (OST The Seventh Flower) - Kmy Kmo & Luca Sickta

Lirik Nekad (OST The Seventh Flower) - Kmy Kmo & Luca Sickta



Tapak-tapak makan hari tunggu masa putus tali
Biar luar kaki ayam dalam berbekalkan taji
Lepas purnama mengambang naik merah itu pasti
Mahu ikut nafsu sama atau sambung tidur lagi

Taji nak dituju
Perlukan aturan
Tak nak salah hala pekaka yang dihunuskan
Tidur ku bertapa, Berlayar satu dekad
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad

Jadi nekad, Jadi Nekad,
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad, ( ulang 2x )

Sedekad dah belayar,
Berbakul trapi dah dihadap,
Bagaikan kudrat sepuluh gajah meresap masuk tuk mengadap,
Adaptasi sejengkal sarap,
Permudahkan kau ke perangkap,
Emosi si nafsu nafsi lahap,
Adap asal yang dah ke arab,
Aku rabiah daripada Enam,
Bawa rabiah dalam Bunga Tujuh,
Aku tarbiah siapa berani pejam,
Dengan tarbiah ramai kena suluh mamai miang buluh perindunya Ramai dilibas bak badai Buluh tumpat sadai,
Yang tersadai abai dek memandai,
Kaki intai perangainya murai,
Sidai muka,
Asal pandai dulu muda wangsa,
Sukar intai talam ribu rupa,
Bawa cindai ke muda berbangsa,
Lalu,
Hey,
Sidai rupa,
Pura pura talam dua muka,
Dari muda dia mudah lupa,
Bila sukar boleh bagi suka,
Dia suka,

Tujuh petala bumi dan langit
Dari gunung ke lautan dalam
Pesuruh turun membawa salam
Kalam berkisah segala silam
Uh
Dari lautan ke lembah curam
Kembara bekalnya setia sumpah
Seri iring kemenyan dan setanggi
Membara darah walau titis tumpah
Dendam
Di pendam nafsu
Nahu buta, Nawaitu palsu
Genggam
Di rejam amarah
Bagai keris tanpa arah
Yah
Pantang undur, Dicabar jangan
Lantang jurus, Dijabar tangan
Hulubalang dampingnya rapat
Salah tuju akhirnya ke liang lahad

Kapal layarku tak sangkut tengkujuh
Layar ke samudra berkurung kan tubuh
Senaman rasa jiwa
Fahami rasa jiwa