Lirik AYUH - Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri

Lirik AYUH - Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri


Bagi masa tujuh ribu
Malam aku meditasi
Makan jiwa rasa ketujuh-tujuh langit juga bumi
Ramai borak-borak lampu
Rohaninya trauma misi
Ramai kejar bayang ampu sedangkan ada setiap sisi
Jejak dikaji kecoh udara heboh tergopoh-gapah
Sorok yang selok-belok diseluk si kaki papah
Terbelok kau bengkang-bengkok yang molek esok-esok
Bersongkok solek elok kekok lokek kacuk becok (ya ya)
Peluruku terbang landai bukannya tinggi-tinggi
Lengang kuserang tahu-tahu sakit gigi-gigi
Cuaca terang pandai bukannya sipi-sipi
Gelarku belang selera sekawan biri-biri

Balaklavanya hitam
Badannya lapis kalis
Aneka logam hitam
Tiada yang mampu kalis
Bruno Steyr NATO woah
Marco Polo Tango go

Sila was-was nama yang diseru
Nanti das-das datang ubat rindu
Halilintar malam biru
Silakan kalau benar-benar jaguh
Ayuh ayuh
Kalau benar-benar jaguh ayuh
Tiada negosiasi
Masa untuk aksi
Nyawa dipertaruh ayuh
Evo

Komandan ketemukan komandan
Usik pucuk kanan pucuk kiri berkumandang
Berdendang-dendang Nina Bobo RPG 7
Musuh dalam selimut boleh tidur
Rimau mati tinggalkan taring tinggalkan taring
Gajah mati tinggalkan gading tinggalkan gading
Akta 574 Fasal 440
Dendam sokong membawa rebah terlopong
Hujan darah bila kepala anginku bersiru
Rasakan amarah bergelora dalam diriku
Perang bermalaikat sambung berjuara
Di mudik sebulankan di hilir semuara

Balaklavanya hitam
Badannya lapis kalis
Aneka logam hitam
Tiada yang mampu kalis
Bruno Steyr NATO woah
Marco Polo Tango go

Satu dua tiga musuh berlari yang mana mahu diratah si belang
Ke mana sekalipun kan kucari tak kira gelita atau benderang
Mana kepala pendekar
Gempita biar kudampar
Sila pilih tara dua
Neraka ataupun sangkar

Ayuh ayuh
Kalau benar-benar jaguh ayuh
Tiada negosiasi
Masa untuk aksi
Nyawa dipertaruh ayuh
Evo

Bangkit dari bara lalu dihembusnya nyawa
Saktinya dan aksinya rencananya bencana
Daktina ke paksina negara dalam senggara
Maka pesta kerja raya lena senggama tergendala
Gara gugat-ganggu hantu dari dasawarsa lalu
Katanya tagih darah sahih justifikasi ragu
Emosi rapuhnya dipagar fasad jago sado
Dendam lama dicandu dibakar ego dan bravado bravo
Dia Kitol Al Iskariot
Dari hero ke Sicario
Dari Bari dia kembali cari ahli biro di kota dan Barrio
Jari-jarinya menari-nari cari tabur lari-lari Mario
Dari api dia menjadi-jadi satu di dahi dia kembali yo

Balaklavaku hitam
Badanku lapis kalis
Aneka logam hitam
Siapa yang mampu kalis
Bruno Steyr NATO woah
Marco Polo Rambo go

Sila was-was nama yang diseru
Nanti das-das datang ubat rindu (woah)
Halilintar malam biru (malam biru)
Silakan kalau benar-benar jaguh
Ayuh ayuh
Kalau benar-benar jaguh ayuh
Tiada negosiasi
Masa untuk aksi
Nyawa dipertaruh ayuh
Evo

Lirik Sedih Hati - Malique

Lirik Sedih Hati - Malique


Sedih hati tak terkira
Melihat kawan gembira
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan-pan-pan

Kritikal, deteriorasi mental
Fizikal, diragut reaksi dangkal
Tipikal egotistikal
Dasar dajal hipokritikal
Diari apokaliptikal dari diarea politikal

Diganti lampin sambung ratah mana praktikal
Teatrikal, balada farmaseutikal
Dek badut-badut bangku muzikal

Yang kemaruk menagih puji, bertanding suci
Kita meratap, menangis, mengemis ruji
Atap diranap gergasi geng beruk tuli
Minta dikembalikan asasi jenuh dibuli

Moga segera berakhir gawat (amin)
Semoga semua derita dirawat (amin)
Yang istiqamah semoga dirahmat (amin)
Yang ruwaibidhah semoga dilaknat

Sedih hati tak terkira
Melihat kawan gembira
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan-pan-pan

Apa rasanya gah di rumah agam?
Apa rasanya lena tidur malam?
Apa rasanya hidup diampu khadam?
Apa rasa jamu darah daging resipi haram?

Apa rasa fantasi jadi dewa?
Annunaki kebal istimewa, hah
Kakistokrasi, duta neraka
Baka derhaka, punca malapetaka

Ketawakan yang mati, persendakan yang parah
Yang lumpuh dipenjara, diseksa, diseranah
Yang maling, alim dan zalim Pak Pandir mendominasi
Serebrum di patella tular sensasi

Apa rasa roh tanpa empati
Korup minda dan hati, tanggungjawab dinafi
Salahkan propaganda, persalahkan konspirasi
Persalahkan segalanya kecuali pekung sendiri

Maaf tuan hamba kebuntuan
Kalau tuan di angkasa bercumbuan
Salam dari warga kemurungan
Moga ditulah tuan seketurunan

Sedih hati tak terkira
Melihat kawan gembira
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan-pan-pan

Ambil darah, ramu racun
Sudah ludahkan jamu diadun
Satu-satu gugur terkubur
Pupus yang zalim tinggal yang luhur

Rasis, fasis, narsisis fasik
Bergayut di sarkis si spastik fantastik
Kuasa bergayut di tali halimunan
Tunggu sihirnya dicabut nantikan haribulan

Mobilisasi, mulakan draf, fisabilillahi rapatkan saf
Hingga ke hari dieleminasi, inalillahi khalif khilaf
Kiri dan kanan tembok batu biasa-biasakan
Namanya karma, namanya tulah nah kau rasakan

Sedih hati tak terkira
Melihat kawan gembira

Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan-pan
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan-pan-pan-pan-pan
Lirik Pejamkan Mata - Malique feat. Dayang Nurfaizah

Lirik Pejamkan Mata - Malique feat. Dayang Nurfaizah



(Malique)
Sebermula maka dipaksa diam
Dengar, patuh dan terpaku tunduk
Selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
Tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
Kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
Berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
Si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
Dah diragut total, cinta resiprokal
Bila dipersoal kekal equivokal
Katanya tanggal tali leher itu
Cukuplah seharian digembala
Lupuskan logarithma yang menghantui kepala
Dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
Karektor kartun kantor dan karikatur diktator
Dikabur takbur shabab yang bermusim
Tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
Al-Malik, Al-Kudus, As-Salam, Al-Mukmin
Ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
Masyghur, runsing… jah

(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu

(Malique)
Aku terdengar suara itu lagi
Dari tenggara namaku diseru
Disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
Katanya mata penamu tak mencoret solusi
Kata magismu takkan mampu cetus revolusi
Manusia kan sentiasa menyakiti
Yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
Masa untuk koktel lorazepam, ambien, risperdal
Semoga afdal bertemu di astral
Selamat tiba kita ke republik cinta
Lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
Halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
Terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
Arasy yang tiada penghuni mengugut buli
Tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
Di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
Menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan

(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu

(Malique)
(Hakikatnya nirvana di sana
Di sini masih lagi samsara
Cuba tak diperhambanya dunya
Sukar tapi aku cuba
Sukar tapi aku cuba ya)

(Dayang Nurfaizah)
Kembalikan senyuman
Serimu yang dulu
Kembali ke dakapan
Ku perlindunganmu
Walaupun gerhananya
Seakan tak berakhir
Selagi ku di sisi
Tak usah khuatir

(Dayang Nurfaizah)
Pejamkan mata
Mata yang lesu itu
Dan mimpikan yang indah
Mimpikan aku
Biarkan gelita
Menghapus derita
Pejamkanlah matamu