Lirik Keliru 2.0 - Lil J, Ara Johari, Zamaera & Kayda

Lirik Keliru 2.0 - Lil J, Ara Johari, Zamaera & Kayda


keliru, keliru
mengapa dalam terluka, aku masih merindu dirimu
dirimu
apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku 

terasa berat tanggunganku menatang rindu
acapkali kau menjelma di dalam fantasiku, 
di serambi pilu, terdiam membisu
sedekad yang melewati ku kekal keliru
bertanya, mengapa di mana kau berada?
berserakan soalan bercerana dalam dada
mengapa kini kau puncanya segala dilema? 
mengapa kini kau puncanya ku lena tak lena? 
takkan ku lupa, detik jeda berlima
mengharungi dunia ku terharu terkesima
walaupun seketika kau satunya adiwira
segenap daya melimpah kasih dan ku terima
namun begitu segalanya sementara waktu
menora menjerat ku diperdaya termin lalu
pilihan digentas tanpa ruang untuk kurayu 
kesudahannya sayu bila dibayang namamu

teringat dahulu kala kau pernah mengajar
ku dituntun erti bersabar tika berlapar

dijadikan iktibar, agar tak tersasar
tak dikasar pun tercalar perih apakah wajar?
sejak detik terpisah, tak sekali pun dikisah
cuma dibalik kaca kau cuba berani singgah
mencerap tanpa kesah, serta mengunci lidah
tiada tahniah, tiada hadiah, tiada khabar yang 
indah

sanggupkah kau melihat ku terluka
sendirian tanpa dirimu ku keliru
ku biarkan pintu hati terbuka
menantikan kepulanganmu 

teratak kita kelam dan sunyi
masih berpenghuni cuma bagaikan tersembunyi
pelbagai derita, dalam hasrat mencita
hidup lama gelita tiada lagi yang jelita
tanpa raja yang disisi, mama mengambil posisi
percayakan intuisi, tanpa mengira kondisi
meski mimpi ditangisi kerap membutakan visi
apa maksud mithali ku tercari definisi
darah sama darah takkan dipisahkan
ku pasti ada yang mahu kau ceritakan
di bawah neon berkepul berbilion ion
bergelut cari zion jah beri ku perhatian
Lirik Galeri - Nur Fatima feat. Kayda

Lirik Galeri - Nur Fatima feat. Kayda

 


[Verse]
Rahsia kamu kini dah aku sangka
Luka ini dari mu tak aku jangka
Lama sudah ku kata tapi kau buat lupa
Seperti aku pula yang berpura-pura

[Pre-Chorus]
Setiap waktu ku hanya mahu kau dalam gallery ku
Jangan marah ku macam wayang sakitkan hati ku

[Chorus]
Tak perlu kata sayang pada aku
Aku dah tahu kisah sebenar mu
Tak perlu kamu jelaskan pada ku
Aku bahagia tanpa dirimu

[Rap Verse 1]
Yang sudah tu sudah
Susah Kalau kau tak nak berubah
Sukar Kalau tak mahu tukar
Jelak nak dengar apa yg Kamu ujar
Akal keliru mejawab soal hati
Bakal sembilu menusuk qalbi
Mungkin kita tak sabar nak berlari
Tapi emosi Kita belum khatam berjalan lagi

[Rap verse 2]
Terima kasih atas pengalaman
Tersadung hati ini jadi pengajaran
Masing masing dah bebas taknpa kekangan
Sekali sekala teringat yg dlm kenangan
Tiada makan hati dah makan asam garam
Jika terjumpa bagi salam masing masing faham
Tinggal Di gallery yang lain semua padam
Fajar esok menanti aku lupakan semalam