Lirik Solusi - Danial Othman

Lirik Solusi - Danial Othman


bukannya hari ini atau baru semalam datang silih berganti siang dan juga malam
mungkin tak siapa lagi yang akan boleh faham mungkin tak siapa tahu bagaimana nak hadam
esok lusa mendatang mungkin tahu macam-macam, sekarang dia hanya sedikit kalam
tetapi dia empunya ragam, tak duduk diam hebat menyelam
mereka selalu bilang dia halusinasi, ada juga yang bilang dia imaginasi
aku bersama dia pergi pusat terapi satu bulan tak cukup cuma empat kali seisi
bawa menu resipi, aktiviti resepsi, macam-macam persepsi, macam-macam teori
mencari kondisi juga kognisi makna emosi kamus solusi

dia adalah permata, dia bintang di syurga
yang terindah, teristimewa
hanyalah satu di dalam berjuta
walau tak siapa tahu, apa yang dia mahu
semua pedih bagiku, hanya tuhan yang tahu

dia mula merangkak dari bawah
baru mengenal  air, api dan tanah
tak tahu mana benar, tak tahu mana salah
tak mampu tutur kata walau mama dan papa
mungkin ini takdirnya telah menduga 
kepada tuhan aku berserah sehingga sampai ke hujung nyawa
moga menjaga bintang di syurga

dia adalah permata, dia bintang di syurga
yang terindah, teristimewa
hanyalah satu di dalam berjuta
walau tak siapa tahu, apa yang dia mahu
semua pedih bagiku, hanya tuhan yang tahu

dia adalah bintang di syurga
hanyalah satu di dalam berjuta
takdirnya telah menduga kita
asalkan dia bahagia walau bukan derita
Lirik M.D.H - Intisor x Hasnul Diwani x Danial Othman

Lirik M.D.H - Intisor x Hasnul Diwani x Danial Othman

 


sayu hatiku pilu
adakah daku merinduimu
kerna tiba ku dengar
namamu di jendela telinga

yang nyata menyatakan
di bibir penuh dengan pujian
apakah kan tercapai
niat yang telah mereka berikan

deras sungai mengalir
deras lagi air mataku
dalamnya isi bumi
lebih lagi kepada jiwaku

merungkai benak hiba
kelam hanyut di sisi tuhan
yang telah menyinarkan

rasulullah...
andai dapat ku bersamamu
jejalur hati ini melur terus mewangi
bahagia hangat membara
kasih sayang menyulam cinta
mengubat rindu mekar mesra
 
rasulullah...
setelah pemergianmu
terasa sepi dunia warisan pimpinan itu
hanyut dengan kata-kata
hawa nafsu yang tercela
sesat di rimba syurga dunia...

ulang rangkap 3 & 4

rap (m.d.h)
antara nota dan noktah sirah lembaran,
wahyu tertulis sebagai panduan,
disebalik ujian penuh dugaan,
dia paling sempurna ciptaanttuhan,
ya rasulullah...maafkan jikaku selalu terlena,
dari seru sabda dan sunnah,
terimalah aku sebagai ummatmu,
dan sampai ke hujung waktu hayatku,
ku mohon kau limpahkanlah syafaatmu

ulang rangkap 5 & 6

ulang rangkap 1 hingga 4