Lirik Tersakiti - Da Unknown

Lirik Tersakiti - Da Unknown


sudah ku, cuba berikan amaran
tapi engkau masih enggan
kini kau dipermainkan

(salam) berentak nadi ku berlari ke bumantara ku menorak langkah lari
telah berkali-kali ku cuba ingatkan mu kembali
deklarasi janji mani itu pada rasa delusi
tinggal menyepi sepi dalam kelam garis memori

dengarkan
niat ku baik saja
fahamkan
warkah berisi rancak bergema
senandika diri bersulam lara
mengigit telunjuk jari, dilema jiwa mu paranoia

dia kan merobek hatimu
kau tak akan tahu
kau ingat kau yang satu (dia menduakan mu)
ku takkan buat kau begitu
cinta dirgahayu
ku mahu kan dirimu (cinta dirgahayu)

jangan kau bersedih
ku tahu kau tersakiti (tersakiti)
janganlah kau pergi
ku mahu kau disisi (di sisi)

biar ku genggam perasaanku
bila kau marah menengking aku
ku fahami apa yang kau hadapi
tak usah kau lari dari sini ku sentiasa menanti

biarku temukan senyumanmu yang sudah hilang
kisah cintamu gelap aku tak terbayang
jangan tayang
kalau sayang
jangan curang
cintaku padamu tak ternilai ku tak perhah hilang

dia kan merobek hatimu
kau tak akan tahu
kau ingat kau yang satu (dia menduakan mu)
ku takkan buat kau begitu
cinta dirgahayu
ku mahu kan dirimu (cinta dirgahayu)

jangan kau bersedih
ku tahu kau tersakiti (tersakiti)
janganlah kau pergi
ku mahu kau disisi (di sisi)

sudah ku, cuba berikan amaran
tapi engkau masih enggan
kini kau dipermainkan

waktu yang kau berikan padanya
biarku balas dengan waktuku

jangan kau bersedih
ku tahu kau tersakiti (tersakiti)
janganlah kau pergi (janganlah kau pergi)
ku mahu kau disisi (ku mahu kau di sisi)

jangan kau bersedih
ku tahu kau tersakiti
janganlah kau pergi
ku mahu kau disisi