“tuan..british..british dah pergi..”
“biar..biar mereka pergi,
biar tinggal kita saja disini,
ini tanahair kita! kita yang kena pertahankan!
kita yang akan pastikan,
tanah ini, TANAH MERDEKA!”
EmmJayy
Sayu...
Pilu...
Waktu...
Rindu...
AzamRhadio
Rangka tiada nama,
Rangka-rangka yang tiada beza,
Biar sahutanku diulang,
Biar qiam jasadku pulang.
Takkan pernah goyah,
Selagi kaki jejak tanah,
Aku takkan terlena,
Hingga tanah ini merdeka.
EmmJayy
Langkahku ku teruskan jua,
Pernahku ditinggal mereka,
Takkan aku biar aku terleka,
Ini tanah tumpahnya darah.
Hook
Negaraku..
Tanah tumpahnya darahku..
Negaraku woo..
Tanah tumpahnya darahku..
YAPH
Tanah yang lapang,
Andai kelapangan bisa himpun di padang,
Cara kita buat kita di pandang,
Takda cara lain takda orang lain,
Kalau buat hasil itu bukan main.
Mulanya bersatu,
Empat belas melintang,
Satu suara mungkin pudar sebilang,
Itu sumpah warga berdaulat,
Itu sumpah hidup martabat.
Berpusing roda, beralih masa,
Pusaka warna, pusara nama,
Akulah hamba, si maharaja,
Capai mereka, sampai merdeka.
Cari digali pulang,
Engkaulah tanah air,
Sejengkal jarak mendatang,
Sejengkal jasad ku hadir.
Hook
Negaraku..
Tanah tumpahnya darahku..
Negaraku woo..
Tanah tumpahnya darahku..
Kmy Kmo
Sebelas yang menggalas tugas tugasan utama,
Berbalas bedil bedil taktik bersalin purnama,
Korban bukan kerna nama pertamanya sudah pasti,
Mahu rasakan merdeka bekalan ‘tuk generasi.
Saat meracau dihati
dikilas semangat waja,
Taat yang setia mati demi dirgahayu Raja,
Baja baja patriotik dibidik tusukan sivik,
Jiwa raga yang si cilik ditarik dengan retorik,
Baik,
Di tanah ini juga,
tempat menyongsong arus,
Maka usah dilupa,
usaha waktu tandus,
Ketandusan idea bukan erti dah terkambus,
Terkambus pada mata hanyalah seperti kabus.
Kabusnya pasti hilang,
bukan bersilang panggung,
Kumulusnimbus bilang semua kuasa Maha Agung,
Biar puas berjuang,
elak dahaga sanjung,
Biar sediakan ruang lepas merdeka dilaung.