Lirik Solusi - Danial Othman

Lirik Solusi - Danial Othman


bukannya hari ini atau baru semalam datang silih berganti siang dan juga malam
mungkin tak siapa lagi yang akan boleh faham mungkin tak siapa tahu bagaimana nak hadam
esok lusa mendatang mungkin tahu macam-macam, sekarang dia hanya sedikit kalam
tetapi dia empunya ragam, tak duduk diam hebat menyelam
mereka selalu bilang dia halusinasi, ada juga yang bilang dia imaginasi
aku bersama dia pergi pusat terapi satu bulan tak cukup cuma empat kali seisi
bawa menu resipi, aktiviti resepsi, macam-macam persepsi, macam-macam teori
mencari kondisi juga kognisi makna emosi kamus solusi

dia adalah permata, dia bintang di syurga
yang terindah, teristimewa
hanyalah satu di dalam berjuta
walau tak siapa tahu, apa yang dia mahu
semua pedih bagiku, hanya tuhan yang tahu

dia mula merangkak dari bawah
baru mengenal  air, api dan tanah
tak tahu mana benar, tak tahu mana salah
tak mampu tutur kata walau mama dan papa
mungkin ini takdirnya telah menduga 
kepada tuhan aku berserah sehingga sampai ke hujung nyawa
moga menjaga bintang di syurga

dia adalah permata, dia bintang di syurga
yang terindah, teristimewa
hanyalah satu di dalam berjuta
walau tak siapa tahu, apa yang dia mahu
semua pedih bagiku, hanya tuhan yang tahu

dia adalah bintang di syurga
hanyalah satu di dalam berjuta
takdirnya telah menduga kita
asalkan dia bahagia walau bukan derita

Komenlah dengan berhemah