Lirik Kuatkanlah - One Path

Lirik Kuatkanlah - One Path


dalam hidupku ini
ku tahu bukan semua
apa yang ku impi
kan berubah jadi nyata
namun ku masih tertanya sesuatu

mengapa amat payah?
hatiku untuk menerima
segala takdir yang kau atur untukku
adakah ku hambamu yang tidak bersyukur?

sedangkan aku sedar
nikmat yang kau berikan padaku
jauh bahkan lebih berbanding secebis ujian yang hadir
namun jahilnya aku
mendustai segala nikmatmu
sehingga ku derita melawan diri sendiri

allah kuatkanlah diri kami ini
tenangkanlah  hati kami semua
kami tahu ujian darimu adalah 
tanda cinta dan kasih sayang darimu
agar kami kembali dekat padamu
agar kami diampuni olehmu
kerana itu engkau berilah kami semua
indahnya sabar dan bahgia cintamu

sungguh hidup manusia
berbeza segala bentuk dan jalannya
jangan pernah
ku bandingkan diriku dengan sesiapa
gelisah dan kecewa
yang menghantui diri selama ini
kan menghilang
dan pasti ku kan temui bahgia

allah suburkanlah cinta kami semua
teguhkanlah iman kami semua
walau bertalu sudah musibah dari-mu
tiada sandaran selain pada-mu

hingga suatu masa redha segalanya
tiada beza nikmat dan musibah
kerana segalanya terbit kerana-mu
tetap bahagia dengan aturan-mu

perkenanlah harapan hamba-mu

Komenlah dengan berhemah