Lirik Menjauh - Ustaz Adnin
Ustaz Adninrabbi ku meminta kepadamu
kau berilah kesembuhan kepada semua,
rabbi sungguh hanya kepadamu
ku merayu kau angkatlah azabmu ini..
rabbi ku bergantung kepadamu
lenyaplah wabak dari kami semua,
rabbi aku lemah aku lelah
kepadamu ku berserah segala-gala..
dunia bagaikan
lumpuh dari musibah yang hadir
namun mengapakah
masih ada yang menjauh
pergaduhan zina dan rasuah
masih tak terhenti
ramai masih lalai
sombong ego dengan tuhan
ya inilah hakikat kita semua
pabila senang menjauh darinya
bila susah pun masih menjauhi
sabda nabi andai zina berleluasa
tuhan timpakan wabak penyakit
rabbi ku meminta kepadamu
kau berilah kesembuhan kepada semua
rabbi ku bergantung kepadamu
lenyaplah wabak dari kami semua,
sedang kita berusaha tuk sembuh
ada manusia
yang tergamak tinggalkan sujud
sembahyang ditinggalkan
adakah mereka telah lupa
hanya tuhan sahaja
yang mampu sembuhkan
ya inilah hakikat kita semua
pabila senang menjauh darinya
bila susah pun masih menjauhi
hingga sanggup gadaikan tiang agama
lalu merungut mana bantuannya
Komenlah dengan berhemah