Lirik Wejangan Indra - Luca Sickta

Lirik Wejangan Indra - Luca Sickta



Banyak api-api ritma rapi-rapi
Lagu jadi-jadi,
Tapi bila uji tekan tubi tak macam di tulis,
Minda senang digilis rata,
Ya sinis, mudah terguris,
Ganasnya hanya di alam maya,
Minta simpati, konon Empati,
Tekanan, “Anxiety” jadi mainan,
Wayang mahu mati hidup segan,
Namun cukup makannya berpinggan,
Bukan rumah setinggan,
Dengar ni dik,
Cuba berkawan dengan cermin,
Cuba berlawan dengan angin,
Usah gentar, jalan mu di iring awan,
Tawan susah jadi senang gementar jangan,
Mata telinga akal dan hati,
Pagar pagarkan
Kata geliga termakan janji
Jiwa cagarkan,
Jadi lain dari yang lain yang kuat main-main,
Cari kain yang bukannya sibuk jaga tepi kain,
Musim bertukar daun,
Bertahun dah bermukim,
Husin balut kan daun,
Bukan yang bikin pusing,
Yang runsing, pening nak melenting,
Tak tentu arah,
Ritma jangan la marah,
Biar nampak peramah,
Bukan macam cik salmah,
Membawang menangis mata,
Tak cukup nyata di laman sesawang timbun rata,
Yang baca jadi gila, yang tengok terkacip gigi,
Yang mana pernah rasa, Angkat kaki cabut lari,

Ini bukan lagu keke, atau pun lagu fefe,
Ini lagu riki-riki yannnn nasihat hakiki,
Sini alahan yang panas ganas alam maya,
Sini tuk yang galas ramas hasil dunia nyata,