Lirik Lagu Bila Entah - Aisyah Aziz
Aisyah AzizEntah bertemu tah tidak
Makin hiba hati yang terdesak
Entah bertemu tah tidak
Ngapa bila ku mahu kau elak
Dari mana ke mana
Rumput tawan padi
Di tahun bila bulan apa
Kan bersua lagi?
Rumah laksamana
Pasang dian tiga
Gadai hati tuk dikasihi
Hingga tua nanti
Sayang
hilangnya di mata
Sayang
Di hati jangan
Entah bertemu tah tidak
Makin hiba hati yang terdesak
Entah bertemu tah tidak
Ngapa bila ku mahu kau elak
Bila-ah-ah bila tah bila bertemu tidak
Bila-ah-ah ku mahu kau elak
Oh bulan mana bintang
Atas pucuk ara
Rajinnya kanda yang ku sayang
Sampai tak mau pulang
Salahnya di mana
Jatuhnya ke mana
Malang ku ditimpa tangga
Sayang ku tak apa
Biar buta mata
Janji jasad kambus bersama
Lambai-lambai pucuk kayu ara
Oh bila ku mahu kau elak