Lirik Lagu Aku Dan Laguku - Hani & Zue
Hani & ZueApa yang harus ku lakukan
Semua telah habis ku serahkan
Apa lagi mahu dipergadaikan
Tinggal hanya sesalan
Kata cacian dalam fikiran
Menghempas aku ke masa silam
Jiwa meluruh
Terasa suram
Kewasarasanku dipertikaikan
Ku peluk erat sunyiku
Bising tak ku hiraukan
Jangan cuba hampiri ku
Kerna ku ketandusan
Ruang dan diri
Hati yang letih
Bahaya, ku ditinggalkan
Kini, tinggal hanya aku
Dan lagu ku
Apa yang harus ku lakukan
Tiada lagi yang ditinggalkan
Tersedar lumpur di perasaan
Apakah aku di pengakhiran
Semua ku pertaruhkan
Jiwaku kekosongan
Hidupku sirna dan punah oh kerna kamu
Semua ku pertaruhkan
Jiwaku kekosongan
Kini tinggallah hanya aku
Dan lagu ku
Ku peluk erat sunyiku
Bising tak ku hiraukan
Jangan cuba hampiri ku
Kerna ku ketandusan
Ruang dan diri
Hati yang letih
Bahaya, ku ditinggalkan
Kini, tinggal hanya aku
Dan lagu ku
Kini, tinggallah hanya aku
Dan lagu ku